Umrah Maqbulah Hujung 2017
UMRAH TAHUN 2017
Alhamdulillah pada 23hb Nov 2017 aku direzekikan sekali lagi bertamu di Baitullah Al - Haram dan juga bertamu di Madinah Al Munawwarah.
Agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini, seingat aku terakhir adalah pada tahun 2013 iaitu pada saat aku melarikan Ayahku dari sana (panjang kisahnya).
Aku sebak dan terharu, bagaimanalah aku seorang hamba yang banyak lalai dan derhaka dengan Tuhan diizinkannya lagi untuk aku mengadap kekasih Agung yang mulia, Ya Rasulullah.
Walaupun kedatangan ku ini pada asalnya adalah menemani mama (ibu mertua) untuk membantunya menunaikan UMRAH, tapi aku yakin, perancangan TUHAN pasti bukan sia-sia dan pastinya penuh hikmah dan pengajaran.
Sepanjang Aku di sini (haramain) aku sudah nekad memasang niat untuk menjadi khadam (berkhidmat) sepenuhnya pada mama, juga untuk menjadi khadam haramain dan berkhidmat dengan sesiapa sahaja.
Aku usahakan setiap hari untuk membantu sesiapan shj untuk menyampaikan hajat, samada kiriman dari MALAYSIA atau disini. Kerana aku yakin akan kata-kata hadis iaitu "Barang siapa menunaikan satu hajat orang lain, Allah akan menunaikan 10 hajatnya".
Maklumlah aku ni banyak hajat, jadi tamak dalam nak berhajat, jadi aku fikir satu-satu cara untuk dapatkan impian aku adalah dengan menunaikan impian orang lain.
Sebelum ke sini (haramain), aku melalui minggu yang sangat sibuk dan memenatkan, kerana waktu ini aku berhadapan dengan majlis Ihtifal (majlis penutup sekolah), aku perlu menyiapkan semua tugasan sebelum aku berangkat,
Bawa umiku membeli barang-barang keperluan majlis, seperti hadiah-hadiah dan perlu juga siapkan banner sekolah dan sijil sekolah.
Walaupun fizikal ku penat, tapi cukup menghiburkan kerana hatiku puas jika melihat umiku terhibur dan orang-orang kesayanganku terhibur.
Aku mudah menangis, jiwaku sangat rapuh, tapi aku akan jadi kuat jika aku melihat umiku, isteriku dan anak-anakku tersenyum dan tersentuh dengan segala apa yang aku cuba laksanakan.
Itulah diriku......
Jadi aku dah pasang niat, aku akan rehat puas-puas bila dalam kapal terbang nanti, kerena perjalanan mengambil masa cukup lama iaitu 10 jam.
Tajuk : Umrahkan JiwaKU

Di depan kubah hijau (makam Rasulullah) |
Walaupun kedatangan ku ini pada asalnya adalah menemani mama (ibu mertua) untuk membantunya menunaikan UMRAH, tapi aku yakin, perancangan TUHAN pasti bukan sia-sia dan pastinya penuh hikmah dan pengajaran.
Keluarga mama (yang berkerusi roda itulah ibu mertuaku) |
Sepanjang Aku di sini (haramain) aku sudah nekad memasang niat untuk menjadi khadam (berkhidmat) sepenuhnya pada mama, juga untuk menjadi khadam haramain dan berkhidmat dengan sesiapa sahaja.
Aku usahakan setiap hari untuk membantu sesiapan shj untuk menyampaikan hajat, samada kiriman dari MALAYSIA atau disini. Kerana aku yakin akan kata-kata hadis iaitu "Barang siapa menunaikan satu hajat orang lain, Allah akan menunaikan 10 hajatnya".
Maklumlah aku ni banyak hajat, jadi tamak dalam nak berhajat, jadi aku fikir satu-satu cara untuk dapatkan impian aku adalah dengan menunaikan impian orang lain.
Sebelum ke sini (haramain), aku melalui minggu yang sangat sibuk dan memenatkan, kerana waktu ini aku berhadapan dengan majlis Ihtifal (majlis penutup sekolah), aku perlu menyiapkan semua tugasan sebelum aku berangkat,
Bawa umiku membeli barang-barang keperluan majlis, seperti hadiah-hadiah dan perlu juga siapkan banner sekolah dan sijil sekolah.
Walaupun fizikal ku penat, tapi cukup menghiburkan kerana hatiku puas jika melihat umiku terhibur dan orang-orang kesayanganku terhibur.
hisyam dan umiku |
Aku mudah menangis, jiwaku sangat rapuh, tapi aku akan jadi kuat jika aku melihat umiku, isteriku dan anak-anakku tersenyum dan tersentuh dengan segala apa yang aku cuba laksanakan.
Itulah diriku......
Jadi aku dah pasang niat, aku akan rehat puas-puas bila dalam kapal terbang nanti, kerena perjalanan mengambil masa cukup lama iaitu 10 jam.
Seronok dan teruja naik kapal terbang MAS boeing 380 |
Comments
Post a Comment