Kapal Terbang MAS A380 (Mas Charted)

MAS Charted - A380


Umrah kali ini aku berpeluang menaiki kapal terbang MAS A380, sangat teruja rasanya, maklumlah naik kapal terbang double decker antara terbesar di dunia bagi kategori pesawat penumpang.

Pesawat A380 ini boleh memuatkan seramai 400 orang untuk satu-satu perjalanan, dan kali ini jemaah yang berada di dalam pesat ini terdiri dari jemaah ANDALUSIA, MAQBUL, REYHAR, dan paling ramai adalah dari jemaah ANDALUSIA.

Perasaan seolah-olah kita pun pecahkan rekod dunia , Terima kasih Tuhan atas nikmat dan anugerah ini,

Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, dari KLIA yang canggih, staffnya yang ramah, dan paling best ialah makanannya.

Umrah MAS Charted A380 (dalam pesawat)



MAKAN ATAS AWAN

Sambil menikmati perjalanan atas awan, kapten membuat pengungguman bahawa perjalanan ini akan mengambil masa 10 Jam untuk sampai ke Airpot Madinah, dan sebentar lagi hidangan akan disediakan oleh pramugari.

Perkataan makan itu satu kalimah yg cukup menghappykan, siapa tak suka makan kan?

Sambil-sambil makan sambil menjenguk ke luar jendela, bestnya rasa , terdetik kat hati, ini baru nikmat dunia belum lagi nikmat diakhirat yang keseronokkanya tiada penghujung.

Aku minta fresh oren berkali-kali, dan setiap kali itulah pramugari MAS dengan ramahnya terus melayani penumpang-penumpangnya.

Makan Nasi bryiani dalam kapal terbang
(sebelah ku Muttawif Andalusia ust zein - ust legend)



BAKUL BABY

Satu lagi yang membuatkan bestnya tempat duduk kali ni sebab dapat Bakul Baby, katanya ruang ini perlu di tempah khusus sewaktu beli tiket, tapi aku tak jangka yang ANDALUSIA Travel bookkan untuk kami seat tengah yang ada bakul baby.

Jadi mudahlah ibu nak tidurkan NUR dan baby tidak meragam, kerana dia ada tempat dia sendiri, feel at home.

Dalam bakul baby dalam kapal terbang


FULLMOVIES & ENTERTAINMENT

Fuh! berpeluh-peluhlah kaki wayang dan yg suka tengak cerita atau muzik sebab dalam kapal terbang A380 ini penuh dengan movies-movies baru dan lagu-lagu, sampai beratus-ratus dan lagu beribu-ribu.

Tapi nasiblah, aku tak minat sangat dengan ini semua jadi biasa-biasa jerlah.

Mutawwif Andalusia Ust Zein


SOLAT DALAM KAPAL TERBANG

Bagi sesiapa yang berumrah dengan menaiki pesawat ini memang best, tak rugi ambil pakej ni, tapi yang paling penting selain kita menikmati perjalanan ini, solat jangan lupa,

Sebelum naik kapal terbang aku dah siap-siap berwuduk untuk solat hormat waktu di dalam kapal terbang.

Jadi takdelah berebut-rebut dengan pakcik dan makcik kat tandas kapal terbang, tengok beratur dah macam nak masuk stadium tunggu giliran.

Kapten kapal terbang adalah orang paling cuak, sebab berkali-kali buat pengunguman jangan basahkan lantai tandas.


Luar pesawat Airbus A380 MAS Charted




Tidur lena dalam pesawat MAS Charted A380

Comments

Popular posts from this blog

Umrah Maqbulah Hujung 2017