Kapal Terbang MAS A380 (Mas Charted)
MAS Charted - A380 Umrah kali ini aku berpeluang menaiki kapal terbang MAS A380, sangat teruja rasanya, maklumlah naik kapal terbang double decker antara terbesar di dunia bagi kategori pesawat penumpang. Pesawat A380 ini boleh memuatkan seramai 400 orang untuk satu-satu perjalanan, dan kali ini jemaah yang berada di dalam pesat ini terdiri dari jemaah ANDALUSIA, MAQBUL, REYHAR, dan paling ramai adalah dari jemaah ANDALUSIA. Perasaan seolah-olah kita pun pecahkan rekod dunia , Terima kasih Tuhan atas nikmat dan anugerah ini, Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, dari KLIA yang canggih, staffnya yang ramah, dan paling best ialah makanannya. Umrah MAS Charted A380 (dalam pesawat) MAKAN ATAS AWAN Sambil menikmati perjalanan atas awan, kapten membuat pengungguman bahawa perjalanan ini akan mengambil masa 10 Jam untuk sampai ke Airpot Madinah, dan sebentar lagi hidangan akan disediakan oleh pramugari. Perkataan makan itu satu kalimah yg cukup menghappykan, s