Posts

Kapal Terbang MAS A380 (Mas Charted)

Image
MAS Charted - A380 Umrah kali ini aku berpeluang menaiki kapal terbang MAS A380, sangat teruja rasanya, maklumlah naik kapal terbang double decker antara terbesar di dunia bagi kategori pesawat penumpang. Pesawat A380 ini boleh memuatkan seramai 400 orang untuk satu-satu perjalanan, dan kali ini jemaah yang berada di dalam pesat ini terdiri dari jemaah ANDALUSIA, MAQBUL, REYHAR, dan paling ramai adalah dari jemaah ANDALUSIA. Perasaan seolah-olah kita pun pecahkan rekod dunia , Terima kasih Tuhan atas nikmat dan anugerah ini, Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, dari KLIA yang canggih, staffnya yang ramah, dan paling best ialah makanannya. Umrah MAS Charted A380 (dalam pesawat) MAKAN ATAS AWAN Sambil menikmati perjalanan atas awan, kapten membuat pengungguman bahawa perjalanan ini akan mengambil masa 10 Jam untuk sampai ke Airpot Madinah, dan sebentar lagi hidangan akan disediakan oleh pramugari. Perkataan makan itu satu kalimah yg cukup menghappykan, s

Umrah Maqbulah Hujung 2017

Image
UMRAH TAHUN 2017 Tajuk : Umrahkan JiwaKU Alhamdulillah pada 23hb Nov 2017 aku direzekikan sekali lagi bertamu di Baitullah Al - Haram dan juga bertamu di Madinah Al Munawwarah. Agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini, seingat aku terakhir adalah pada tahun 2013 iaitu pada saat aku melarikan Ayahku dari sana (panjang kisahnya). Aku sebak dan terharu, bagaimanalah aku seorang hamba yang banyak lalai dan derhaka dengan Tuhan diizinkannya lagi untuk aku mengadap kekasih Agung yang mulia, Ya Rasulullah. Di depan kubah hijau (makam Rasulullah) Walaupun kedatangan ku ini pada asalnya adalah menemani mama (ibu mertua) untuk membantunya menunaikan UMRAH, tapi aku yakin, perancangan TUHAN pasti bukan sia-sia dan pastinya penuh hikmah dan pengajaran. Keluarga mama (yang berkerusi roda itulah ibu mertuaku) Sepanjang Aku di sini (haramain) aku sudah nekad memasang niat untuk menjadi khadam (berkhidmat) sepenuhnya pada mama, juga untuk menjadi khadam haramain